Matlamat

Blog ini bertujuan menjejaki bekas pelajar dari SMK Sultan Abbdullah Chenderong balai Telok Intan bagi menyertai PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDULLAH CHENDERONG BALAI (PBEPSSA)

TUJUAN/MATLAMAT

(1) Mengumpul serta mengeratkan silaturrahim di kalangan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Chenderong Balai (SMKSACB), Perak sejak ia ditubuhkan pada tahun 1964 serta ahli keluarganya.

(2) Mengenalpasti dan mengumpul maklumat bekas pelajar SMKSACB.

(3) Berkerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah SMKSACB dalam menjayakan visi dan misi pendidikan Negara.

(4) Membantu pelajar-pelajar SMKSACB yang memerlukan bantuan mengikut kemampuan Pertubuhan.

(5) Mewujud dan menguruskan dana untuk kebajikan ahli-ahli Pertubuhan yang memerlukan.

DAPATKAN BORANG KEAHLIAN DAN DAFTAR SEGERA!